PESANAN PENAJA BLOG

Followers

Friday, April 18, 2014

Persiapan Istiadat Bertindik dan Berkhatan YM Paduka Anakanda2 YAM Tengku Muda Pahang

 Istiadat Bertindik dan Berkhatan YM Paduka Anakanda2 YAM Tengku Muda Pahang
di Daerah Temerloh pada 18hb 4 2014(Jumaat) bertempat di Dataran temerloh,Pahang.semua dijemput hari..kas rasa acara bagus jugak acaea di adakah kerana rakyat boleh mengetahui istiadat diraja ni..banyak program di adakah semperna istiadat bertindik dan berkhatan yang diadakan di daerah temerloh..kas tak  nak cakap panjang ,.korang boleh tgk gambar ini..gambar ini di ambil dari FB rodong-rodong Temerloh...








Monday, April 14, 2014

HEBAT MANAKAH KITA SEBAGAI MANUSIA

Hebat mana kita dihadapan Manusia...belum tentu kita hebat dihadapan ALLAH....Kita sebagai manusia jangan lah sombong dan angkuh sesama manusia..kita sesama mausia adalah sama di sisi ALLAH,yang membezakan kita dihadapan ALLAH adalah iman dan taqwa kita pada ALLAH..Ada manusia lupa kehebatan kuasa ALLAH ..

Friday, April 11, 2014

Pendidikan Islam di pinggirkan di sekolah rendah hingga peringkat tertinggi..

Bila..subjek pembelajaran Bahasa inggeris,matematik,sains,fizik,kimia..di utamakan dari subjek pendidikan islam..ramai yang gagal pendidikan islam...sebenarnya pendidikan islam bukan hanya untuk lulus tapi paling penting dalam kehidupan seseorang islam tu...subjek pendidikan islam tidak menjadi subjek penting sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga  ke peringkat universiti...ramai pihak terlepas pandang ....ramai keluhan dari ustaz n ustazah yang mengajar subjek tersebut di sekolah harian ..

Bagi yang ingin mempelajari ilmu dan pendidikan islam lebih mendalam perlu ke sekolah agama berasama penuh..dah wajib lulus dalam peperiksaan di sekolah rendah..tetapi masalahnya peringkat sekolah harian hanyalah belajar perkara asas sahaja contoh cara bersolat ,mengambil wuduk...paling penting kena hafal buku PAFA

Dahulu kita kena hafal buku PAFA ini untuk lulus dalam pemdidikan islam masa darjah 6....tapi sebenarnya lulus pun tidak masuk dalam sijil UPSR pun..tapi hakikat nya pendidikan Islam  dahulu hanya untuk cukup syarat dalam pembelajaran sekolah.......

apa-apa pun kalau kita ingin pembelajaran ilmu agama perlu cari guru yang betul...belajar agama bukan semata-mata hanya untuk lulus tapi sebenarnya untuk diri kita sendiri untuk akhirat nanti

Tuesday, April 8, 2014

ASTAGHIRUALLAH HAL ADZIM




astaghfirullah hal adzim.apa nak jadi dengan rakyat malaysia sekarang ni..sekumpulan kakitangan swasta pergi  mendaki Gunung Tahan..bila sampai ke puncak gunung tahan begini pakaian dia pakai..sepatutnya bila sampai ke puncak gunung kita perlu bersyukur dengan keindahan alam semula jadi ciptaan ALLAH..



Aku harap dia berubah dah bertaubat kepada ALLAH..body cantik tapi akal tidak cerdik..Aku tidak berniat untuk mengaitkan siapa-siapa cuma terasa sedih melihat mereka buat macam ni..

AYUH KITA SEGERAKAN SOLAT...




Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.