iMesti korang terfikir kenapa lelaki boleh
kahwin empat sedangkan perempuan tidak boleh kahwin lebih dari satu. Ini
Tidak Adil!!!! Perempuan juga manusia!! Kenapa!!! Benci!!! .. Sabar,..
nanti dulu, kita tengok penerangan ringkas ini,. semoga bermanfaat,.
sumber:Malaysiaria.....
Tuesday, July 31, 2012
Tuesday, July 24, 2012
AL-Fatihah Datuk Ismail Hutson
Pelakon veteran dan Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS) Datuk
Ismail Hutson atau nama sebenarnya Ismail Omar, meninggal dunia pada
awal pagi Sabtu lalu.
Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara pada tengah hari di hari yang sama.
Ismail, 72, meninggal dunia pada pukul 1.05 pagi di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya akibat komplikasi penyakit jantung, kata isteri kedua Allahyarham Hafidzah Khasbullah kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu sejak Selasa ekoran demam panas yang berpanjangan.
"Sudah ketentuan Ilahi untuk Allahyarham pergi meninggalkan kami (keluarga) pada awal Ramadan ini, dan sudah pasti sambutan raya tahun ini berbeza dengan ketiadaan beliau," katanya.
Selain Hafidzah, Allahyarham turut meninggalkan isteri pertama Zaiton Osman dan tujuh orang anak.
Ismail, yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran mewarnai dunia perfileman tanah air sejak tahun 1970-an dan pernah berlakon dalam filem dan drama. Antara filem lakonan beliau ialah Dayang Suhana (1978), Tujuh Biang Keladi (1984), Hantu Siang (1986), Cinta Kita (1995), Layar Lara (1997) dan Mr Cinderella 2 (2003). - sumber Bernama

Majlis Perkahwinan Syafiq (16tahun) & Yana (14tahun)
Tahniah kas ucapakan kepada pasangan pengantin..,memang sepadan mereka
berdua.telah selamat diijabkabulkan dan dapat mengelakkan korang dari
terjebaknya dengan maksiat dan fitnah manusia. Harap pasangan muda akan
rasa lebih
bertanggungjawab untuk menjaga isteri sebaik mungkin diusia yang sangat
muda ini. Amin.
barang siapa di antara mereka remaja berkahwin dalam usia muda,maka menangis la syaitan.dan ia(syaitan) mengeluh''aduh celaka aku ,agamanya telah dipelihara dari godaanku''-HR Idnu 'Addi-
barang siapa di antara mereka remaja berkahwin dalam usia muda,maka menangis la syaitan.dan ia(syaitan) mengeluh''aduh celaka aku ,agamanya telah dipelihara dari godaanku''-HR Idnu 'Addi-
Monday, July 23, 2012
Bonus Raya..???
Sumber :Sinar Harian
Kalau betul Raya tahun ini dapat bonus.Alhamdulilah ..syukur..dapat jugak aku beli keperluan raya anak dan bini aku tahun ini..Memang patut kot beri bonus kepada kakitangan awam nak-nak lagi dekat Pilihan Raya..Orang Felda dah dapat bonus berganda-ganda bonusnya
Friday, July 20, 2012
Mat Karpet Kini berluasa di Malaysia...
KLANG: “Mereka tanpa segan-silu dan rasa bersalah meminta minuman di rumah saya walaupun ketika itu suami tiada di rumah,” kata Kasimah Ahmad, 34, antara penduduk di sekitar Johan Setia, Jalan Kebun dan beberapa kawasan perumahan di sekitar bandar ini yang rimas dengan kehadiran ramai lelaki warga Bangladesh menjual karpet di kawasan itu sejak akhir-akhir ini.
Kasimah berkata, lelaki Bangladesh atau ‘Mat Karpet’ itu seolah-olah tidak menghormati budaya tempatan apabila tetap mahu memasuki rumahnya walaupun menyedari tiada lelaki lain dalam rumah itu.
“Kami bimbang dengan kehadiran mereka, bukan dengki dengan perniagaan mereka. Mereka datang hampir setiap hari dan ada kalanya ketika suami atau anak-anak tiada di rumah kerana bekerja atau ke sekolah,” katanya ketika ditemui. Katanya, lelaki Bangladesh itu juga selamba memanggil wanita tempatan sebagai ‘adik manis’ atau ‘cantik’ dengan tujuan menggoda supaya mereka membeli karpet yang dijual. Tinjauan Harian Metro mendapati, sebahagian besar warga asing itu menggunakan motosikal menjual permaidani dari rumah ke rumah walaupun menyedari ada penduduk tempatan semakin rimas dengan kehadiran mereka.
Tinjauan juga mendapati kehadiran golongan itu semakin ramai sejak seminggu lalu manakala sesetengahnya didapati gagal bertutur dalam bahasa Malaysia kecuali beberapa istilah seperti ‘murah’, ‘cantik’, ‘adik manis’, ‘abang’ dan ‘belilah’.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MatKarpetkurangasam
Aku tidak kenapa..sejak semejak ini makin ramai lak Mat karpet ada malaysia..macam cendawan tumbuh je..xde pihak memantau Mat karpet ni???..tapi kadang -kadang tgk diorang ini makin berani je menjual ikut sesuka ati mereka. pastu masuk umah ikut dan je..satu lagi orang kita ni baik sangat dan suka melayan Mat karpet ini..kalau mereka sebut Adik Manis je ..terus cair..Apa2 pun hati2 dengan Mat Karpet ini.......
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)