KLANG: “Mereka tanpa segan-silu dan rasa bersalah meminta minuman di rumah saya walaupun ketika itu suami tiada di rumah,” kata Kasimah Ahmad, 34, antara penduduk di sekitar Johan Setia, Jalan Kebun dan beberapa kawasan perumahan di sekitar bandar ini yang rimas dengan kehadiran ramai lelaki warga Bangladesh menjual karpet di kawasan itu sejak akhir-akhir ini.
Kasimah berkata, lelaki Bangladesh atau ‘Mat Karpet’ itu seolah-olah tidak menghormati budaya tempatan apabila tetap mahu memasuki rumahnya walaupun menyedari tiada lelaki lain dalam rumah itu.
“Kami bimbang dengan kehadiran mereka, bukan dengki dengan perniagaan mereka. Mereka datang hampir setiap hari dan ada kalanya ketika suami atau anak-anak tiada di rumah kerana bekerja atau ke sekolah,” katanya ketika ditemui. Katanya, lelaki Bangladesh itu juga selamba memanggil wanita tempatan sebagai ‘adik manis’ atau ‘cantik’ dengan tujuan menggoda supaya mereka membeli karpet yang dijual. Tinjauan Harian Metro mendapati, sebahagian besar warga asing itu menggunakan motosikal menjual permaidani dari rumah ke rumah walaupun menyedari ada penduduk tempatan semakin rimas dengan kehadiran mereka.
Tinjauan juga mendapati kehadiran golongan itu semakin ramai sejak seminggu lalu manakala sesetengahnya didapati gagal bertutur dalam bahasa Malaysia kecuali beberapa istilah seperti ‘murah’, ‘cantik’, ‘adik manis’, ‘abang’ dan ‘belilah’.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MatKarpetkurangasam
Aku tidak kenapa..sejak semejak ini makin ramai lak Mat karpet ada malaysia..macam cendawan tumbuh je..xde pihak memantau Mat karpet ni???..tapi kadang -kadang tgk diorang ini makin berani je menjual ikut sesuka ati mereka. pastu masuk umah ikut dan je..satu lagi orang kita ni baik sangat dan suka melayan Mat karpet ini..kalau mereka sebut Adik Manis je ..terus cair..Apa2 pun hati2 dengan Mat Karpet ini.......
No comments :
Post a Comment