PESANAN PENAJA BLOG

Followers

Wednesday, August 27, 2014

Rabitah dan Wasilah dalam bentuk Tawasul.




Rabitah dan Wasilah dalam bentuk Tawasul.
JANGAN BOIKOT TAU!!!
Surah Al Maidah ayat 35
"Wahai orang beriman bertakwalah kamu dengan mencari Wasilah"
Rabitah-Tambat,taut,ikat,kasih sayang
Umpama kita kasih dan sayang pada Mak ayah Suami isteri dan keluarga kita kerana kasih sayang itu ada ikatan darah kekeluargaan dan sebab kita kenal mereka Contoh jika kita hilang keluarga seperti mereka di culik atau hilang tanpa dikesan sudah pasti kita menatap wajah gambar atau menatap wajah melalui ingatan melalui fikiran bayangan imagine kita..begitu juga kasihnya kita terhadap Guru2 kita atau Alim Ulamak malah sampailah ke junjungan Kekasih Allah yakni Rasulullah saw..
Wasilah-Terima,Pegang,Sijil,Hadiah,Anugerah,Gelaran,Darjat,Pangkat,Skrool,Diploma,Ijazah dan yang tinggi sekali Ilmu dan Amalan Pusaka Turun Temurun yang jadi Wasiat atau Pegangan.
Wasilah perlu ada Sanad dan Salasilah akan sesuatu pemberian Ilmu terutama Ilmu Kerohanian,Pertahanan diri,Ilmu kitab,Ilmu Perubatan dan segala jenis Ilmu dan Amal yang ada dalam Al quran atau sebagainya perlulah ada susur galurnya..Pesan Nabi barang siapa yang berguru dengan Kitab..Syaitanlah Gurunya..
Tawasul-Susur galur Ilmu atau Amalan yang kita Pegang atas nama Perhubungan Kerohanian Ilmu dan Amal seseorang..Melalui tabaruk keberkatan Perhubungan dari seorang anak Murid sampai Gurunya dan Guru itu sampai Rasulullah saw. Contoh Mukjizat Al Quran walaupun Rasulullah sudah tiada tetapi atas keberkatannya Doa atau Hajat melalui kaedah kita berselawat walau apa jenis Selawat pun tapi atas nama berkat Rasulullah saw InsyaAllah makbul.Disebabkan itu kita diajar Mengucap Syahadah dan berselawat atas Rasulullah saw sebelum memulakan sesuatu pekerjaan.Kerana itulah barang yang ada atau Harta Pusaka Islam yang Asal!.Kerana dalamnya itu ada "Barakah" atau Berkat.
Persoalannya? bagaimanakah ingin kita merasai kasih dan sayang kita pada Rasulullah saw dan sayang kita juga pada Agama Islam.Kita tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah saw.Kita mengaku Islam tapi tidak pernah sayang atau tunjuk kasihnya kita pada Rasulullah saw dan Islam itu sendiri.
Puncanya kita kini tidak pernah terima Islam itu sendiri atau mempraktikan seperti mana perkataan Memeluk Islam yang ada pada Asalnya Islam sampai di Tanah Melayu hampir 1 Ribu Tahun Dahulu iaitu Islam sampai melalui Rabitah dan Wasilah.Dan kini hanya sekadar Islam keturunan pada nama dan segi syariat akhlak dan ikut ikutan sahaja..
Kesimpulan Carilah Rabitah dan Wasilah Melalui Keberkatan Ilmu dan Amal dalam bertawasul jika kita ingin mendapat Kasih Sayang tersebut,Carilah ia seumpama Rasulullah saw terimanya Islam Iman Ihsan dan Al Quran itu dari Gurunya Jibril.Disebabkan itu baginda diajar "iqra"Bacalah kamu dengan Nama Allah.Maka tiap satu pekerjaan atau ibadah atas nama Allah bagi menghidupkan Hati kita yang Mati..Diajarnya Jibril pada Rasulullah saw akan kaedah Adab dalam sesuatu pekerjaan atas Nama Allah.Jika kita ada Rabitah dan Wasilah insyaAllah tiada lagi pertelingkahan,pergaduhan,perselisihan pendapat..Maka bertautlah kasih sayang tersebut.
Sumber dari kenalan Internet....

No comments :