PESANAN PENAJA BLOG

Followers

Monday, May 30, 2011

belimbing buluh@belimbing hitam(siap proses)




Belimbing buluh dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae. Ia sejenis tumbuhan tempaatn yang ditanam untuk mendapatkan buahnya. Rasanya masam dan banyak digunakan dalam pelbagai masakan seperti sambal belacan, masak lemak dan sebagainya.Belimbing buluh juga mempunyai nilai ubatan yang tinggi. Ia berkesan untuk melicinkan kulit muka, serta mengatasi masalah jerawat. Buahnya diparut kemudian dicampur dengan sedikit garam dan sapu kekulit muka
Secara amnya, daun pokok belimbing buluh ini mempunyai dua jalur anak daun yang kecil dan tersusun rapi di kedua-dua belah urat. Anak-anak daun ini mudah gugur daripada tangkainya. Bunga belimbing ini berwarna merah dan pada kebiasaannya terdapat di bahagian batang pokok dan juga pada dahan-dahan yang matang.
Di kawasan Pantai Timur, buahnya dicampur ke dalam kuah nasi dagang untuk menyedapkan rasa. Buah belimbing buluh ini juga digunakan dalam perubatan tradisional untuk melembutkan kulit muka dan menghilangkan jerawat. Caranya ialah dengan memarut buah belimbing muda, sedikit air dicampurkan dan disapukan pada muka. Buahnya yang amat masam digunakan dalam masakan sebagai alternatif dalam menggantikan cuka. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan kotoran pada pakaian.
Air belimbing buluh muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan untuk menggelakkan pitam. Bunganya digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk melegakan sakit gigi. Untuk menyembuhkan batuk, daun, bunga dan buah belimbing buluh direbus dalam jumlah yang sama banyak sehingga mendidih dan diminum setiap pagi.
Walau bagaimanapun, kajian saintifik menunjukkan bahawa buah belimbing buluh mengandungi kandungan oksalat yang tinggi. Kandungan oksalat yang terlalu tinggi di dalam badan boleh menyebabkan penyakit karang pada saluran kencing.
Jus buah belimbing buluh berkesan untuk melegakan penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan pitam. Ia juga berkeasn untuk melegakan masalah batuk. Caranya adalah dengan merebus buah, daun dan bunga belimbing buluh kemudian airnya diminum setiap pagi dan petang. Bunga belimbing juga mujarab untuk merawat sakit gigi.
Belimbing buluh ni sebenarnya ada dua jenis; buah yang berwarna kuning dan hijau – keduanya rasa masam.( Its known as cucumber tree amongst westerners). Sedap dibuat masak lemak dengan udang atau pun tumbuk saja dengan sambal + udang kepal (utara). Yang dah kering tu di sebelah utara dibuat acar. Katanya orang kelate masukkan sebagai ramuan singgang.
Dalam kehidupan seharian, asam ini yang kaya dengan asid oksalik digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan degil di tangan atau kesan karat di pakaian dan kadang-kadang digunakan jugak untuk mencuci barang-barang tembaga atau suasa.
Khasiat perubatannya banayak juga, antaranya …
1) penawar batuk – daun, bunga serta buah belimbing buluh direbus,ditapis dan diminum 3 kali sehari.
2) daun belimbing buluh juga boleh digunakan untuk menghalau lalat. Tidak susah , ambil saja duan agak secekak, kibas saja beberapa kali di meja makan. Lalat tidak akan datang lagi kerana dipercayai bau daunnya tidak digemari lalat.
3) merawat darah tinggi. Minuman airrebusan daunnya
4) merawat penyakit kelamin
5) merawat radang dubur
6) daunnya yang ditumbuk boleh menghilangkan gatal-gatal, bengkak cantik, reumatik, dan bengkak-bengkak kulit, sakit gigitan serangga
7) daun digosok pada tumit/tapakkaki untuk menghilangkan sakit akibat memakai kasut tumit tinggi.
( Pantang: orang yang mempunyai penyakit angin medu tidak boleh makan buah ini)
Sekilo = RM 25
kos penghantaran kuantiti persanan


3 comments :

Anonymous said...

salam... sy student umt.. ade assignment pasal pokok ni..bleh x sy nak dpt information lebih pasal perniagaan ni?? kalau bleh send kat mail sy ek..

myNana said...

macam mana nak order belimbing ni?

Unknown said...

order boleh je..saya akan poskan..