PESANAN PENAJA BLOG

Followers

Saturday, January 7, 2012

Belimbing Hitam @ Belimbing Buluh




Belimbing Hitam @Belimbing Buluh Rebus
Harga Sekilo RM 25
Sebekas RM 5.00   sementera stok masing ada..
Penghantaran pos laju....



Sambal Ikan Bilis Belimbing Hitam versi Jerantut



Bahan-bahan :
untuk 5 orang mkan
3 sudu teh belimbing buluh.jangan isi lebih takut nanti terlebih masak.dan ikut cara masing2
3/4 cawan ikan bilis
segenggam cili padi
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
garam & gula
 
Cara-cara
Tumbuk @ blend kesemua 4 barang di atas tambah sedikit garam dan gula.,Tumbuk @ blend sehingga bahan tersebut agak-agak hancur.kemudian panaskan minyak (4sudu teh) masukan bahan-bahan yang telah tumbuk @ blend ke dalam kuali.kacau sehingga naik minyak dan boleh di angkat dan di hidangkan

Sambal Bawang Belimbing Hitam Versi Jerantut








Bahan-bahan :
Untuk 2 orang Makan
Bahan-bahan:
1 sudu teh belimbing buluh yang di rebus
10 cili padi @  
5 biji bawang merah di iris
5 biji bawang putih di iris
garam & gula
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam 3 sudu teh
2, Masukan bawang putih dan bawang merah yang di iris masak sehingga kekuningan 


3. Tumbuk cili padi dengan belimbing rebus
4. Masukan cili padi dan belimbing rebus yang telah di tumbuk ke dalam kuali


5. kacaukan sehingga sebati kesemua bahan tersebut sehingga naik minyak

6. Tambahkan garam sekiranya belum cukup masin semasa merebus belimbing buluh. Tambahkan gula ikut rasa masing-masing.
7.Siap dimasak dan hidangkan bersama nasi.