PESANAN PENAJA BLOG

Followers

Friday, April 27, 2012

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2012 VS Kenaikan Harga Barang di Malaysia?



KUALA LUMPUR, (Bernama) — Kerajaan memberi jaminan tiada kenaikan harga barang ekoran kenaikan gaji kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) dari tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peniaga yang menaikkan harga barang tanpa sebab munasabah akan dikenakan tindakan.
“Kenaikan gaji tidak ada kaitan dengan kenaikan harga barang. Kenaikan harga barang bergantung kepada faktor lain, misalnya barang basah seperti ikan dan buah-buahan ianya bergantung kepada faktor cuaca, barang import pula bergantung kepada harga daripada negara luar,” katanya.
“Kami telah menempatkan 1,500 pegawai pemantau harga kita di seluruh negara yang akan sentiasa memantau harga barang selepas PM mengumumkan kenaikan gaji.
“Kita ikut prosedur, mula-mula kita bagi ‘notis tunjuk sebab’, mereka akan jawab selama tujuh hari, kalau berpuas hati dengan jawapan mereka, kementerian tiada masalah. Tetapi jika kita tidak berpuas hati… denda sebanyak RM100,000 akan dikenakan untuk kesalahan kali pertama,” katanya......Sumber dari Bernama dan beritasemasa.com/gaji-kakitangan-awam-2012
Aku tak tahu lah nak cakap apae..memang sah la bila dah gaji naik bagi kakitangan awam mesti semua barang harian naik jugak...bila di tanya kenapa naik harga barang..dia cakap semua kos naik ma....
orang gaji ok la xkisah sangat bila harga naik ni  tapi bagi orang macam aku dan orang golongan sedarhana mungkin terasa sikit la..gaji dan duit pun cukup2 je,..
macam mana pulak bila gaji sektor swasta naik yee....kena pikir gak ni

No comments :