PESANAN PENAJA BLOG

Followers

Wednesday, May 23, 2012

Geng Mak Nyah dan TOMBOI

KUANTAN - Bagi lelaki yang berlagak perempuan dan sebaliknya di negeri ini bakal dikenakan tindakan selepas Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang ke-12 di sini semalam meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah 2012 dan Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2012.

Kesalahan itu terkandung dalam Rang Undang-Undang Jenayah Syariah dalam Bahagian IV iaitu kesalahan berhubungan dengan kesusilaan.

Kelulusan rang-rang undang itu dibuat selepas semua ahli dewan bersetuju sebulat suara selepas perbahasan dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Shafri Abdul Aziz.

Ketika memulakan perbahasan, beliau menyelar golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) yang mahukan pengiktirafan terhadap mereka kononnya atas tiket demokrasi

Selain itu, beliau juga memberitahu, kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan dan perempuan berlagak seperti lelaki, ulama sudah menyatakan perbuatan itu dilarang dari aspek agama.

Bagi kedua-dua kesalahan iaitu mana-mana lelaki yang yang memakai pakaian perempuan dan berlagak perempuan di tempat awam atas tujuan yang tidak berakhlak dan perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak seperti lelaki di tempat dan tujuan sama, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Menurutnya, pindaan rang-rang undang itu juga menangani kesalahan jenayah syariah beberapa perkara diberikan penekanan antaranya menjelaskan kesamaran pada seksyen-seksyen tertentu supaya ia lebih jelas dan peruntukan baru dan keperluan semasa terhadap penguatkuasaan.

Perbahasan rang-rang undang tersebut disokong Shukri Ahmad Ismail (BN-Pulau Tawar) yang memberitahu kerajaan sudah menggubal kesalahan peruntukan undang-undang baru dan selaras di seluruh negara.
SUMBER : Sinar Harian 23.5.2012


Aku pelik betul la ramai juga mak nya n tomboi ini kat kuantan...takut lak aku dengornya..yang peliknya ramai lak yang melanggannya golongan ni macam apa yang best pun xtau....orang suruh kawin xnak..ALLAH dah bagi pasangan idup masing2..ni x masih nak cari yang songsang...


kepada pihak berwajib sila pantau ek...kat jerantut pun ada gak golongan ni...ada sambutan gak...

Tuesday, May 22, 2012

Terkejut lihat aksi seks adik



HULU BESUT - Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun dekat sini, 25 April lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian.

Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.

“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya.

Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman rumah.

Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa anaknya.

“Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa,” katanya.

Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur berumur 18 tahun berhubung kes itu.

Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan.

Sumber  http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/terkejut-lihat-aksi-seks-adik-1.49451

Dunia-dunia...semakin maju semakin mundur adap nya...sedih bila terbaca berita cam ni...Seks sekarang tidak mengenal umur dah..budak2 terpengaruh ..aku rasa kurang pantauan oleh ibubapa...internet sekarang di salah guna...cari ilmu yang salah...

Monday, May 21, 2012

Pengguna KOPI Nenas

Ini testimoni yang setia membeli KOPI NENAS... situasi yang berbeza ,daerah berbeza,memek muka berbeza.....
apa-apa pun kas ucapkan terima kasih kat diorang kerana sudi memcuba ,merasa kesedapan kopi nenas ni..ramai lagi testimoni yang kas dapat tapi yang ini special kes sikit..orang yang terpegaruh di pahang..ikkikik...
deme bila lagi ingin memcuba..cepat-cepat/......

Monday, May 14, 2012

Promosi Kopi Nanas

Kopi Nanas Herba ( RM 20.00)




Premium Quality premix Coffee








Serba sedikit tentang buah nanas
Nanas ...Ananas Comosus
nanas mengandungi bromelin berfungsi sebagai anti radang,membantu penghandaman dan sebagai anti kanser.kandungan seratnya melawaskan pembuangan air besar dan sembelit.Juga mengandungi kalsium oksalat dan ''pectic substances''.ia merawat radanag tenggorok ,beri-beri,bengkak,arterosklerosis,anti-barah dan juga mampu menurukan berar badan .Buah nanas mengandungi vitamin  A dan C ,kalsium ,Fosforus,magnesium ,ferum ,natrium,kalium,dekstrosa,sukrosa,glukosa dan enzim beromelin.

KOPI XS PREMIUM (RM 30.00)

(RM 30.00)

(RM 30.00)






 
Di antara ramuan Herba dan bahan2 yang terdapat didalam Kopi XS Adaptogens 16 in 1 ialah :-

  • Kopi Arabica Mendahling (DeCaf)
  • Krimer Bukan Tenusu
  • Buah Mahkota Dewa (Phaleria Macrocarpa)
  • Tribulus Terresteris
  • Maca Peruvian
  • Ginseng Panax Radix
  • Habbatus Sawda
  • Kulit Manggis
  • Kayu Manis
  • Mengkudu
  • Temulawak
  • Jeranggau
  • Buah Pala
  • Buah Goji (Wolfberry)
  • Madu






DZIKIR VS SIHIR BOMOH SIAM SIRI1.mpg


kenapa amalan sihir masih lagi lakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawap...kenapa orang kita asik mendengki satu sama lain..demi kesenangan dan kebahagian dirisendiri
amalan sihir ini tidak kira siapa..keluarga,adik-beradik..dll
jauhi lah amalan sihir ini...

Thursday, May 10, 2012

Tandas batang pokok


Makin kretif makin pelik jadinya.ini terjadi luar negara kita malaysia...tandas di batang pokok ..memang nampak kretif dan idea yang bagus untuk golongan laki supaya tidak kencing merata-rata tempat..kalau orang puan aku xtau la macam mana dorang kencing..ermmmmm....deme pikir la  sendiri...

Kalau la ada tandas macam ni kat malaysia xtau la cakap..rasa makin hancing dan teget baunya dan mesti ramai dok pandang2 orang kencing tu..hahhaaa...
apa-apa pun cari la tandas yang bersih dan tetutup supaya hak peribadi deme tak di tayang secara percuma......

Tuesday, May 8, 2012

"Lelaki Gay" di Malaysia


Golongan Gay kini berluasa di negara kita...

Sedikit Peringatan Kita Bersama

Islam melarang amalan homoseksual dan lesbian. Al-Quran ada menceritakan kisah nabi Lut yang diutus oleh Allah untuk membaiki kaumnya yang mengamalkan perbuatan ini. Kaum ini kemudiannya dimusnahkan oleh Allah taala kerana kedegilan mereka. Dalam Islam hubungan seks hanya boleh dilakukan antara dua orang lelaki dan wanita yang mengikat tali perkahwinan.
Islam juga melarang hubungan seks melalui dubur, hatta oleh pasangan suami isteri. Ini kerana Allah yang mencipta manusia tidak mencipta saluran dubur bagi tujuan seks.
Islam juga melarang lelaki dan wanita untuk memuaskan nafsu seks mereka sendiri. Islam menganjurkan lelaki dan wanita untuk berkahwin bagi memenuhi naluru seksnya. Ini adalah cara yang lebih sesuai dengan fitrah kejadian manusia dan kehidupan yang suci.
Persepsi bahawa perasaan sedemikian adalah naluri semula jadi sejak lahir adalah tidak tepat. Islam berpendapat bahawa semua bayi lahir atas fitrah yang murni. Iaitu bersih dari segala kecenderungan yang buruk. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Semua bayi dilahirkan atas fitrah. Kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
Kenapa Rasulullah s.a.w tidak memasukkan menjadikannya seorang Islam juga? Kerana Islam adalah fitrah semula jadi setiap manusia. Fitrah Islam bersih dari kecenderungan sedemikian.
Kecenderungan itu adalah sesuatu yang mendatang bukan semula jadi. Ia mungkin disebabkan oleh pendidikan, pengaruh sosial, atau penyakit.
Pertama sekali golongan berkenaan mestilah menginsafi dan menerima bahawa kecenderungan itu bukanlah satu kecenderungan yang sihat dan baik. Ia adalah satu amalan yang buruk dari segi sosial, kesihatan dan agama.
Kedua mereka haruslah mempunyai azam untuk mengubah diri. Jika mereka sendiri tiada kemahuan untuk mengubah diri dan tidak berusaha, tiada siapa dapat mengubah keadaan mereka. Allah taala tidak mengubah sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mahu mad mengorak langkah untuk berubah.
Ketiga setelah mempunyai azam buatlah langkah yang positif, antaranya ialah
a. Jauhilah segala elemen dan persekitaran yang berkaitan dengan kecenderungan itu.
Tinggalkan tempat-tempat berkenaan dan jauhi teman-teman yang sedemikian. Dalam sebuah hadits ada mengisahkan mengenai seorang yang telah membunuh nyawa kemudian ingin bertaubat, beliau dinasihatkan agar berpindah ke tempat yang baru untuk memulakan kehidupan yang baru. Sesiapa pun yang mengkaji masalah sosial pasti akan mengetahui akan pengaruh persekitaran dan teman dalam tingkah laku seseorang. Ini tidak bermakna bahawa kita mengasingkan mereka yang berkecenderungan seperti itu, tapi ia adalah langkah awal yang penting untuk satu kehidupan yang baru. Seseorang itu boleh sahaja kembali membantu teman-temannya setelah dia berubah dan mempunyai kekuatan diri.
b. Dapatkan seorang guru agama untuk mendapat bimbingan dari segi keagamaan. Agama adalah sumber kekuatan yang baik untuk memelihara seseorang itu.
c. Dapatkan seorang kaunselor untuk mendapat bimbingan dari segi kejiwaan. Ini adalah kebanyakan masalah ini mempunyai kaitan dengan kejiwaan.
d. Dapatkan seorang doktor untuk mendapat rawatan. Kadangkala masalah ini boleh diatasi dengan rawatan perubatan.
Islam berpendapat setiap ‘penyakit’ ada penawarnya. Begitulah juga dengan kecenderungan ini. Allah taala tidak akan mengubah sesuatu kaum kecuali dia sendiri mengambil langkah untuk mengubah keadaan. Di mana ada kehendak, di sana pasti ada jalan. Yang penting ialah seseorang itu berusaha. Dalam berusaha kadang kala ia gagal tetapi ia harus terus berusaha dan tidak boleh berputus asa.
Allah taala maha adil. Dia tidak akan mensia-siakan usaha hambaNya.
Walau pun golongan gay dan lesbian telah melakukan kemunkaran di sisi Islam tetapi menangani mereka haruslah mengikut prinsip dakwah umum iaitu dengan cara hikmah, nasihat yang baik dan perdebatan dengan cara yang terbaik. Mencela, menyisih dan menghina mereka semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah.
Wallahu A`alam

 sumber
 http://www.mindaaktif.net/

Tandas bersih dan menarik


Ni lah papan tanda masuk tandas di pam minyak di  kuala lipis ..papan tanda dia dah menarik tu belum dalam tandas lagi..memang kreatif la diorang ni...terkejut gak aku ..


 
aku masuk je dalam tandas siap ada lampu disko lagi tu.macam duk dalam disko je..ada lah sore orang cakap...Selamat Datang...terkejut aku..pastu lah kat dinding tandas penuh dengan gambar lukisan,iklan topup ,macam -macam lagi la.... memang cantik lah...yang penting bersih..
yang aku risaunya takut la ada cctv je...kang xpasal aku jadi popular secara haram...hahaha....harap-harap tak begitu..
Apa-apa pun aku respek la kat pengusaha pam minyak ni...kerana menjaga tandas dan hiasi dengan gambar lukisan yang menarik..sape2 yang pernag singgah kat pam minyak esso kuala lipis pasti teruja.....harap semua tandas di pam minyak sentiasa bersih...





Friday, May 4, 2012

HQ Indonesia Idol 2010 Melati Penampakan Hantu [Indonesia Ghost Idol]

  Macam ragam orang indo ni ...aku rase dia mungkin ingin merasa dan macam mana mati..mungkin salu layan lagu orang yang sudah mati..lirik dan lagu tu sebelum mereka mati mengisahkan kehidupan nya..tu cuma kebetulan saja..apa-apa seram gak negok nya video ni,,,macam minah ni mati dan jadi putianak...ikikklkiikik..ikkik..hahahha,,,,,,,
Beriman lah pada ALLAH

Thursday, May 3, 2012

Lorong Kunyit

                                                                           Lorong
                                                              
Kunyit
KUANTAN- Lorong Kunyit. Itu gelaran diberi penduduk di bandar ini berikutan kegiatan ‘mak nyah’ yang menjadikan ia port menjalankan aktiviti mencari pelanggan yang bernafsu songsang.

Kelmarin, ketika tinjauan Sinar Harian di lokasi yang menyaksikan dua mak nyah diserang dan dibelasah de­ngan rantai besi oleh enam lelaki di Wisma Belia, Jalan Haji Abdul Aziz,Rabu lalu, aktiviti mereka masih berjalan seperti biasa.

Ini menunjukkan mereka tidak gentar untuk mencari rezeki walaupun ada rakan cedera diserang ganas. Dalam tinjauan yang dilakukan, penulis bersama seorang rakan mendapati, tiga mak nyah bersidai di kaki lima di lokasi tersebut mencari pelanggan.
sumber http://www.sinarharian.com.my/semasa/


Apa yang di maksudkan Lorong Kunyit. 
Lorong kunyit Itu gelaran diberi penduduk di bandar ini berikutan kegiatan ‘mak nyah’ yang menjadikan ia port menjalankan aktiviti mencari pelanggan yang bernafsu songsang.sesiapa  pernah bertandang ke Kuantan pasti ingin tau dan mau tau apa itu lorong kunyit..itu bagi orang luar....bagi orang tempatan dah sinonim dengan lorong kunyit ini

Aku dulu pun xtau pun lorong kunyit tu apa....yang aku rasa lorong ini jual kunyit macam pasar harian..bila di tanya member orang kuantan ...mende lorong kunyit tel..mereka kabor lorong baik punya...pelik gak aku..baik mende nya....dia kabor nanti aok turun kuantan aku tunjuk aok lorong kunyit tu apa kat aok....aku cakap .ok lah..

Tahun demi tahun aku dapat kije tetap di kuantan...dan duk menyewa gan member2 kuantan.
pendekan citer  aku tanya la member aku mende lorong kunyit tel........tempat baik dia cakap..pastu dia cakap malam aku tunjuk kat aok lorong tu....
malam itu member aku bawak la ke tempat tu....sampai je..aku cakap gelap je....last -last...cet lorong maknyah upe nya.....ermmmm jom la balik...buang masa je....laaa cakap nak tahu lorong tadi kabor member aku kt aku...arhhhh jom la balik..

Simpulan:
 pada pihak berkuasa tempatan @luar tempatan tidak kira la mana negeri sila pantau golongan ini dari terus berluasa di malaysia...terutama orang islam yang terlibat golongan ni...buat satu rang undang2..........
                                                                          

Wednesday, May 2, 2012

Ikan paus Makan Orang

Subhanaallah..ikan paus makan manusia ini terjadi di arab..pelancong asing..mungkin ini balasan dari ALLAH pada manusia buka aurat di tepi pantai..hati-hati lah bila mandi @jalan di tepi pantai..

cendawan mekkah....


Cendawan Mekah..aku dengar citer dari member opis aku.cendawan ni berasal dari mekah,mungkin sebab tu orang panggil cendawan mekah..bila orang pergi haji @ umrah pasti mencari cendawan ini
Diorang cakap banyak khasiat cendawan ni contohnya

  • Asam urat rheumatik- nyeri sendi dan tulang
  • Menyembuhkan sakit kepala termasuk migraine
  • Menyembuhkan kencing manis
  • Membantu menurunkan kadar kolesterol
  • Melancarkan pembuangan air besar
  • Menyembuhkan masalah penglihatan
  • Mencegah dan menyembuhkan batuk, bronchitis dan asma.
  • Menurunkan tekanan darah tinggi (hipertensi)
  • Mencegah jerawat dan penyakit kulit lainnya
  • Memperbaiki gangguan menstruasi dan menopause
  • Membersihkan racun dalam tubuh (detoksifikasi) dan sel  kanker
  • Mengatasi masalah impotensi/ disfungsi ereksi
  • Mengurangi stress dan gangguan tidur (insomnia)
  • Menyuburkan rambut dan mengatasi masalah kerontokan /keguguran serta membantu masalah uban
  • Menambah tenaga fisik termasuk tenaga seksual
  • Menjaga stamina tubuh dan menurunkan ketegangan syaraf  serta berbagai macam penyakit lainnya
  • Membuat tubuh senantiasa sehat dan awet muda
  • Memyembuhkan sakit lumpuh (stroke)
Dan berbagai jenis penyakit kronik.  ..aku tak tau kesahihan nya sebab aku belum mencuba nya.dia cakap rasanya masam, bergas,tak tau la betul ke tak...nanti aku nak mintak sikit cendawan ni lagipun aku belum pernah tengok cendawan ni ,betul ke cendawan @ alga dibuat oleh manusia
Hanya ALLAH saje yang tau..setiap makluk dijadikan pasti ada kelebihan
 


member aku cakap mudah je untuk buat minuman air cendawan ni letak kulat nie dalam air teh bergula di dalam balang kaca...kemudian tutup dengan kain... Kasi dier bernafas sikit..selama 14hari kot dia la cakap kat akau. Pastu minum je air tu.... Bila dah nak habis..re-fill je la... Modal dier hanya serbuk teh dan gula jer.... GULA tu.... 

nak dapat cendawan ni kat mekah la kot..hahahhh

Pengkid Vs Tomboy




Ermmmm....Tomboy....apa itu tomboy ek???...yang aku tau tomboy ni macam lelaki tapi perempuan caranya macam laki cuma perwatakan ganas dan kasar..sebaliknya  lembut suka di belai aku rase la..kadang2 je jadi ganas,mungkin ada sebab mereka jadi cam tu kot contoh ahli keluarga tiada anak laki  tak pun bilangan adik beradik semuanya lelaki..





satu lagi golongan Pengkid..yang ni lagi bahaya kalah orang laki.Bukan apa golongan ni cuba dan terus mencuba menampilkan cara mereka seolah-olah macam laki tulen...pehhh..bahaya ni tergugat...cara pakaian ,cara bergaul,mengorat aweks,kalau bab2 romantik ni tak yah cakap lah..memang cair kalah laki..ialah sebab naluri dia memang perempuan.mesti tau kelemahan dan selok belok orang perempuan..


Aku heran betul dengan golongan ni kebanyakan nya orang melayu yang terjebak apa yang mereka hendak sebenarnya,tapi ada lak yang menyokong golongan ni.....siap kapel-kapel lagi..@ lebih dari tu pun ada
apa-apa pun aku xnak cakap lebih.aku harap pihak berkuasa dan orang sekeliling peka perkara cam ni.ibubapa juga perlu peka dan ambil tau anak-anak mereka ...kembali ke jalan yang sebenarnya...selagi ALLAH masih membuka pintu taubat kepada Hambanya yang betul untuk kembali ke pangkal jalan..moga dunia ni aman dari malapetaka..Amin