PESANAN PENAJA BLOG

Followers

Wednesday, May 23, 2012

Geng Mak Nyah dan TOMBOI

KUANTAN - Bagi lelaki yang berlagak perempuan dan sebaliknya di negeri ini bakal dikenakan tindakan selepas Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang ke-12 di sini semalam meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah 2012 dan Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2012.

Kesalahan itu terkandung dalam Rang Undang-Undang Jenayah Syariah dalam Bahagian IV iaitu kesalahan berhubungan dengan kesusilaan.

Kelulusan rang-rang undang itu dibuat selepas semua ahli dewan bersetuju sebulat suara selepas perbahasan dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Shafri Abdul Aziz.

Ketika memulakan perbahasan, beliau menyelar golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) yang mahukan pengiktirafan terhadap mereka kononnya atas tiket demokrasi

Selain itu, beliau juga memberitahu, kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan dan perempuan berlagak seperti lelaki, ulama sudah menyatakan perbuatan itu dilarang dari aspek agama.

Bagi kedua-dua kesalahan iaitu mana-mana lelaki yang yang memakai pakaian perempuan dan berlagak perempuan di tempat awam atas tujuan yang tidak berakhlak dan perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak seperti lelaki di tempat dan tujuan sama, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Menurutnya, pindaan rang-rang undang itu juga menangani kesalahan jenayah syariah beberapa perkara diberikan penekanan antaranya menjelaskan kesamaran pada seksyen-seksyen tertentu supaya ia lebih jelas dan peruntukan baru dan keperluan semasa terhadap penguatkuasaan.

Perbahasan rang-rang undang tersebut disokong Shukri Ahmad Ismail (BN-Pulau Tawar) yang memberitahu kerajaan sudah menggubal kesalahan peruntukan undang-undang baru dan selaras di seluruh negara.
SUMBER : Sinar Harian 23.5.2012


Aku pelik betul la ramai juga mak nya n tomboi ini kat kuantan...takut lak aku dengornya..yang peliknya ramai lak yang melanggannya golongan ni macam apa yang best pun xtau....orang suruh kawin xnak..ALLAH dah bagi pasangan idup masing2..ni x masih nak cari yang songsang...


kepada pihak berwajib sila pantau ek...kat jerantut pun ada gak golongan ni...ada sambutan gak...

No comments :