PESANAN PENAJA BLOG

Followers

Wednesday, June 13, 2012

Di rogol oleh penjual karpet

BENTONG – Seorang pekerja ladang dirogol penjual karpet warga asing dalam semak di Kilometer 24 Jalan Karak-Kuala Pilah, ketika wanita itu sedang berjalan pulang, kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.

Mangsa yang berusia 45 tahun itu sedang berjalan kaki apabila penjual karpet itu, yang menunggang motosikal, menghampiri dan mengheretnya ke kawasan semak, 50 meter dari situ. Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi  Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, lelaki terbabit memberhentikan motosikalnya dan mengheret mangsa ke semak berhampiran kira-kira 50 meter dari jalan utama.

“Mangsa menjerit meminta tolong, namun lelaki terbabit merogolnya, sebelum melarikan diri,” katanya kepada Sinar Harian. Mohamad Mansor berkata, orang awam yang nampak motosikal itu di tepi jalan berasa curiga. Mereka pergi ke kawasan itu dan menemui wanita itu.

“Polis menahan suspek berusia 25 tahun pada hari yang sama ketika cuba melarikan diri di kawasan ladang berhampiran,” katanya. Lelaki itu direman seminggu.
sumber http://www.sinarharian.com.my/

Aku sedih melihat kes macam ni..bukan apa kadang-kadang aku risau jugak ialah diorang salah guna pas lawatan dan menjual sesuka ati je...

diorang (penjual karpet) tidak malu dan x hormat ke orang..terutama orang kampung..ada satu ke geng ni jual kt sebuah kampung..dan pergi satu rumah ni,diorang beri salam terus je masuk rumah tak kira lah tuan tu ada ke x...ada satu kes diorang ni terus masuk sampai ke dapur...

pesan aku kunci la pintu rumah dan tilik dulu sapa kat luar rumah baru bukak pintu...


1 comment :

Anonymous said...

kalo boleh jgn la ambik barang dan berhutang ngan dorang ni..pttnye kalo masuk kg tu..pakat hambat ngan parang je..