TEMERLOH – Exco Pahang Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak, 64, meninggal
dunia pagi ini di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini pada
8.55 pagi ini setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 8 Jun
(Jumaat) lalu.
Allahyarham adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani
dan Hal Ehwal Peneroka Felda Negeri meninggalkan seorang balu, Datin
Nooraihan Mohamad dan dua orang anak, manakala anak sulungnya sudah
meninggal dunia.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor dibawah
pengawasan doktor pakar dilaporkan tenat semalam dan masih dibantu
dengan mesin sokongan pernafasan sebelum ini dikatakan berada dalam
keadaan stabil.
Anak saudaranya, Saiful Azman Mokhtar Affendi, bapa saudaranya itu
dikatakan turut mengalami komplikasi penyakit lain termasuk jantung dan
kencing manis dimasukkan ke Hoshas kerana mengalami cirit birit dan
muntah muntah serta badannya lemah.
Tan Aminuddin adalah Ketua UMNO Bahagian Maran menjadi wakil rakyat
sejak lima penggal dan pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri
Besar adalah anak jati Chenor.
Beliau adalah anggota EXCO paling kanan dan lama berkhidmat dalam kerajaaan negeri selain Menteri Besar.
Sementara itu, isterinya kini turut mendapat rawatan di hospital yang sama akibat tekanan darah tinggi
Sumber.. http://www.sinarharian.com.my/nasional/exco-kanan-pahang-tan-aminuddin-meninggal-dunia-1.57898
saya ucapkan takziah kepada keluarga arwah..moga arwah berada di kalangan orang yang SOLEH DAN BERIMAN
No comments :
Post a Comment