PESANAN PENAJA BLOG

Followers

Tuesday, June 19, 2012

Kedidi Marker Pen



Di sini saya ingin citer serba sedikit tentang sejarah Produk Kedidi ini  Produk ini hasilkan oleh Syarikat Bumiputera sepenuhnya..pada itu saya alu-alukan sokong produk kita terutama orang islam dan beli buatan MALAYSIA


DPRO STATIONERIES SDN BHD atau lebih dikenali ”D’PRO” diasaskan oleh En Ab Razak Azhari.  Beliau pernah berkhidmat disalah sebuah bank lebih dari 14 tahun.  Memegang jawatan terakhir dalam perkhidmatan sebagai Pengurus Unit Pembangunan Usahawan Kecil dan Sederhana.
Berbekalkan pengalaman, tertubuhlah syarikat Global Factor Sdn Bhd “GLOBAL”.  Global adalah sebuah syarikat pengilang bumiputera yang mengeluarkan barangan alatulis berjenama KEDIDI.
Dengan berkembangnya serta mendapat permintaan yang luas, Global telah meluaskan perniagaan dengan menubuhkan D’PRO Stationeries Sdn Bhd untuk menjalankan aktiviti pemasaran dan promosi bagi produk KEDIDI.


Pada mulanya tumpuan D’PRO hanya pada pembekalan terus ke jabatan-jabatan pengguna sahaja tetapi kini hala tuju D’PRO adalah  ke arah pembekalan kepada pemborong dan peruncit. Di samping itu D’PRO juga memasarkan produk KEDIDI ke supermarket / hypermarket serta menguruskan pasaran eksportnya.


D’PRO bermula dengan modal berbayar sebanyak RM 25,000.00 dan telah dinaikkan kepada RM 100,000.00 pada tahun 2000. Kini di bawah struktur pemegang saham dan pengurusan baru modal berbayar telah dinaikkan lagi kepada RM 350,000.00.

 Sumber:  http://www.dpro.com.my/

No comments :